Selepas hari raya PRU-12 rombongan keluarga Gadis AMNO telah menziarahi rumah keluarga Jejaka Tampan PAS untuk merisik.Pelbagai hadiah di bawa untuk menawan hati bakal besan dan keluarga.Malah keluarga Gadis AMNO sanggup beri apa saja yang diminta.Pangkat, wang, kuasa sebut apa saja pasti keluarga Gadis AMNO akan adakan. Perjumpaan kali pertama itu keluarga Jejaka PAS telah memberitahu bahawa mereka sudah ada bakal calun menantu untuk disatukan dengan Jejaka Pas.Begitu juga perjumpaan yang kedua dan ketiga alasan yang sama diberikan kepada keluarga Gadis AMNO. Namun begitu keluargaGadis AMNO tetap merayu agar menerima anak Gadis AMNO sebagai menantu mereka. Keluarga Jejaka PAS menolak dengan lemah lembut lagi berhemah.
Janji perlu ditepati.Begitulah kata-kata yang terkeluar dari mulut salah seorang dari ahli keluarga Jejaka Pas. Sebenarnya mereka telah berjanji untuk satukan Jejaka PAS dengan anak Gadis PR. Gadis PR adalah anak rakan mereka yang sama-sama berjuang dalam peperangan rasuah yang telah berlangsung selama dasawarsa. Ramai yang telah terkorban dalam perjuangan ini. Malah yang merengkok dalam penjara pun masih ramai. Namun peperangan ini perlu diteruskan.
Setelah risikan ini tidak berjaya pulanglah rombongan keluarga anak Gadis AMNO dengan kehampaan. Namun disudut hati ,mereka bertekad akan dapatkan Jejaka PAS dengan apa cara sekalipun.
Tak sedar diri. Suluh diri tu dulu. Anak Gadis AMNO bukanlah cantik sangat. Bukan saja muka tu penuh dengan kudis tetapi hidung pun penyet. Mulut rabit.Tangan penuh dengan kurap dan panau. Itu luaran yang dapat di lihat dengan mata. Kesopanan sebagai gadis melayu tidak ada langsung. Bercakap sepanjang masa sentiasa berbohong. Tipu muslihat dalam keluarga mereka dah jadi perkara biasa. Bayangkan dengan jiran-jiran dan kawan-kawan mereka. Tidak ada satu kebaikan yang dimiliki oleh anak Gadis AMNO. Namun begitu Gadis AMNO anak billion air. Orang kata ,harta yang bertimbun-timbun itu hasil daripada rampasan harta rakyat.
Entahlah betul atau tidak. Bersungut salah seorang daripada ahlli keluarga Jejaka PAS.
Buat sementara waktu ini Jejaka PAS dan Gadis PR hidup aman dan damai. Namun desas- desus, fitnah dan tuduhan tetap bermain dalam masyarakat. Bermacam-macam yang dibualkan,diperkatakan dan digosipkan. Bapak saudara Anak Gadis AMNO yang pernah membawa duit gunakan kilo ke negara Kangaro yakin bahawa keluarga Jejaka PAS akan berbincang untuk menjodohkan anak mereka dengan Anak Gadis AMNO. Bapak Anak Gadis AMNO yang ke lima juga yakin mereka akan berjumpa untuk menyelesaikan masalah ini.
Apapun ,mereka akan berusaha untuk berjumpa dengan keluarga Jejaka Pas untuk memujuk supaya anak mereka diterima. Mereka sepakat akan gunakan apa cara sekalipun.
Tiba-tiba sahaja Orang Tua Jejaka Pas bersuara untuk menyatukan Jejaka Pas dengan Anak Gadis AMNO. Gempar seluruh alam. Senyum ahli keluarga Anak Gadis AMNO. Mereka yakin jerat mereka kali ini pasti mengena. Peristiwa dulu pasti berulang. Kali ini mereka akan kucar-kacirkan keluarga Jejaka PAS. Biarkan keluarga ini hancur lebur dan sukar untuk disatukan untuk sekian lamanya. "Anak Gadis AMNO dan Jejaka Pas boleh bersatu tetapi mereka berdua tidak boleh gunakan nama asal mereka. Mereka juga tidak dibenarkan berada di rumah mereka.
Kedua-dua keluarga hendaklah berada dalam satu rumah atau satu bumbung". Jelas Orang Tua Jejaka PAS.Bersuara orang tua itu lagi "Kedua-dua hendaklah berkiblatkan pada yang esa".
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan