Adik Fool kerjanya buka jamban di Bandar Lumpur berhampiran kampung Caca Merba. Boleh dikatakan setiap hari ramai yang datang ke jambannya untuk memenuhi hajat. Sebut saja jamban Adik Fool semua orang mengetahuinya. Anak-anak muda kalau nak dating pun datang ke jamban Adik Fool. Ahli perniagaan , kalau buat temu janji pasti dekat jamban Adik Fool. Boleh dikatakan perjumpaan semuanya dekat jamban Adik Fool. Senang dan mudah untuk mencarinya.
Itulah kerja rutin Adik Fool membuka dan menjaga jamban. Ramai yang datang ke jambannya. Orang biasa hinggalah kepada orang kenamaan sering datang ke jambannya.Antara pelangan tetapnya ialah AnakBapak Amno 2. Anak Bapak Amno 2 ialah orang penting. Kadang-kadang terfikir juga Adik Fool untuk mendapatkan sesuatu daripada Anak Bapak Amno 2. Inilah peluang yang perlu digunakan sebaik mungkin.Rahsia Anak Bapak Amno 2 semuanya ditangan Adik Fool. "Apalah salahnya aku dapatkan sedikit dari kekayaannya", fikir Adik Fool.
Maka Adik Fool mengadu kepada Anak Bapak Amno 2 bahawa Pak Baling telah memecah jambannya. Gah satu kampung. Pak Baling adalah musuh tradisinya. Mereka sama-sama berjuang untuk menjadi Mamak Bendahara. Cuma bezanya mereka dari parti yang berlainan. Ada yang percaya dan ada yang tidak. Masakan Pak Baling boleh memecahkan jamban Adik Fool. Pak Baling bukan saja tua tetapi sakit belakangnya itu membuat orang tidak percaya. Mampukah Pak Baling pecahkan jamban Adik Fool ? Semua orang tahu jamban Adik Fool bukan saja jijik tetapi juga busuk. Secantik-cantik wanita tahinya busuk juga. Itu wanita tahi pun busuk. Bayangkanlah jamban Adik Fool. Bubuhlah pewangi jenama apapun pada dinding jamban Adik Fool, busuknya tidak akan dapat ditutup.
Maka dibawalah jamban Adik Fool ke Majlis Bandaran Lumpur untuk di periksa samaada di pecah ataupun tidak. Keputusan dari pemeriksaan itu tidak dilapurkan atas arahan Ketua Mata-mata. Ketua mata-mata pula di arah oleh Bendahara. Tunggulah sekalian rakyat jelata Kampung Caca Merba untuk mengetahui keputusan hasil pemeriksaan itu. Dalam keadaan rakyat semuanya gelisah, tiba-tiba bocor keputusan pemeriksaan dari Majlis Bandaran Rawi bahawa jamban Adik Fool dalam keadaan baik 4 jam sebelum lapuran mata-mata di buat. "Sah bahawa tuduhan itu palsu"kata Anak Jejaka Pas kepada kroni-kroninya.
Rakyat berasa lega walaupun keputusan itu tidak rasmi. Isteri Pak Baling terpaksa meletak jawatan sebagai Ketua Penentang untuk memberi peluang kepada suaminya . Pak Baling memang ditakuti oleh Parti Penyokong. Kalau boleh mereka tidak mahu Pak Baling berada di bilik Sidang. Mereka tahu kalau Pak Baling berada di Bilik Sidang pasti Ahli-ahli Parti Penyokong akan beralih kepada Parti Penentang. Apapun mereka mesti menghalang hasrat Pak Baling dari memasuki Bilik Sidang.
Suruhanjaya Peti Rakyat pun mengumumkan bahawa Kampung Caca Merba akan diadakan pemilihan Ketua yang baru. Tarikh mendaftar telah diketahui, begitu juga tarik pangkah memangkah juga diberitahu. Maka rakyat Kampung Caca Merba pun bersiap sedia untuk pangkah-memangkah.
Maka Bendahara pun mengarah mata-mata supaya menyiapkan siasatan pecah jamban oleh Pak Baling.Setelah semuanya disiapkan maka sepina di hantar kepada Pak Baling. PakBaling pun terpaksa ke Dewan Pengadilan untuk di baca pertuduhan. Antara pertuduhannya adalah Pak Baling pecah jamban Adik Fool tanpa kerelaannya. "Aku tidak bersalah" tegas Pak Baling di depan Pengadil.
Sementara menunggu tiba masa hari pangkah memangkah acara pujuk-memujuk pun bermula. Biasalah masing-masing kata mengata, maki memaki,carut mencarut, tuduh menuduh semata-mata untuk pujuk memujuk supaya rakyat pangkah memangkah parti masing-masing.
Pelbagai putar lidah digunakan untuk menarik sokongan pemangkah-pemangkah memangkah kertas mereka. Mata-mata, Badan Makan Suap dan orang gomen digunakan untuk kepentingan parti penyokong. Bukan itu saja segala kuda, gajah, lembu dan kerbau digunakan untuk memastikan hayat mereka dapat bertahan.Malu ? Segan ? Ah ! Persetan itu semua. Janji berjaya.Maklum saja kulit muka sama tebal kulit babi.
Pemangkah-pemangkah Kampung Caca Merba yakin Pak Baling akan dapat memenangi pemilihan ini. "Aku yakin Pak Baling akan menang 70 pangkah",jelas Man Cendol. "Hampa tengok la, duit taruhan penyokong boleh lesap" , hujah Chin Kiat. Masing-masing yakin Pak Baling akan menjadi juara dalam pemilihan ini.
Hari pangkah-memangkah pun tiba. Semua rakyat keluar dengan satu tekad untuk pangkah parti pilihan masing-masing. Orang tua datang beroda, yang muda datang bergaya, kanak-kanak riang gembira makan apa yang ada, wanita senyum di bibir pemangkah digoda , gadis manis menjeling mencari jejaka sambil tangan meraba komputer riba. Semuanya sibuk menjalankan kewajipan. Maklum saja nak memilih pemimpin ganti yang ada.
Malam menjelma. Kampung Caca Merba senyap sunyi. Maklum saja ,siang tadi masing-masing bertungkus lumus menjalankan kerja. Masing-masing berada di rumah di depan peti bersuara. Mata dan telinga di buka seluas-lusanya untuk mengetahui keputusan pemilihan siang tadi. Adik Fool, Anak Bapak Amno 2, Bendahara antara mereka yang paling gelisah. Duduk salah. Berdiripun salah. Gelisah macam kucing nak beranak. Begitu juga dengan Pak Baling.Kalau dia gagal mendapat pangkah dengan banyak maka berakhirlah cita-citanya. Kemungkinan untuk dia balik ke kampung asalnya di Pudu amat cerah. Jam menunjukkan jam 8.00 malam. "Assalammuaikum dan salam sejahtera. Berita utama. Keputusan Pemilihan Pangkah Memangkah bagi P AA akan diketahui sebentar lagi. Kita ke pusat pengiraan kertas pangkah- memangkah di Dewan Zabidi Kampung Caca Merba bersama petugas di sana. Silakan. Terima kasih rakan setugas diartiem. Assalammualaikum dan selamat malam. Kini keputusan berada di tangan saya.Pemangkah-pemangkah bagi P AA Kampung Caca Merba seramai 100 orang pemangkah yang boleh membuat pilihan. Pemangkah yang keluar membuat pilihanpada hari ini merosot kepada 75 orang berbanding 85 orang dalam pemilihan yang lalu.Kertas rosak 3 orang. Parti penyokong mendapat 30 orang dan parti penentang mendapat 35 orang. Dengan ini parti penentang menang bagi kerusi PAA Kampung Caca Merba dengan kelebihan 5 orang.Kita kembali ke bilik berita di angkasaraya."
Menjerit Adik Fool, terduduk Anak Bapak Amno 2 manakala Bendahara tergesa-gesa mencari hand set untuk memanggil juak-juak membuat laporan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan