Ahad, 7 September 2008

LOMPAT JANGAN TAK LOMPAT

Berita terkini ,hanya separuh saja yang akan keluar negara.Yang lain akan stay kat dlm negara.Tahniah kepada MP-MP BN yang hendak melompat ke parti PR. Anda adalah MP yang bertanggung jawab. Anda seorang yang patriotik. Anda sayangkan negara ini lebih dari parti umno/bn. MP BN DAH SEDAR SEKARANG umno/bn adalah parti yang rasuah,parti yang sanggup menjualkan tanah air, parti yang sanggup menjaga pendatang asing lebih dari rakyat sendiri, parti yang pemimpin atasannya suka cakap bohong dan suka membuat fitnah.Pada dasarnya semua perkara yang jahat dan yang buruk pemimpin umno/bn dah lakukan.MP-MP BN sedar bahawa tidak ada parti yang dapat menyelamatkan Malaysia buat masa sekarang selain dari PARTI PAKATAN RAKYAT.Bukan susah nak lompat.Tak payah fikir panjang-panjang . Lompat saja.Lagipun Parti yang sedang menunggu MP BN adalah Parti Yang Hebat. Yang terkenal seluruh dunia. Di sebelah barat dan eropah siapa tak kenal Anuar Ibrahim,di Timur Tengah siapa tak kenal Haji Hadi,Asia Monsun siapa tak kenal Lim Kit Siang dan Karpal Singh.Seluruh dunia kenal mereka ini ,di atas kehebatan kepimpinan,kejujuran,keiklasan dan kebijaksanaan.MP-MP BN sedar bahawa UMNO boleh mati dan boleh hidup tetapi Malaysia akan hidup dan terus hidup hingga kiamat.Oleh itu lompatlah sebelum terlambat.

3 ulasan:

Generasi Muda Tikam Batu berkata...

Salam.
BN- 140 kerusi (MP Islam - 89 kerusi ; MP Bukan Islam - 51 kerusi)
Pakatan Rakyat - 82 kerusi ( MP Islam - 43 kerusi ; MP Bukan Islam - 39 kerusi )
Katakanlah apa yang diimpikan oleh DSAI menjadi kenyataan, 30 MP BN melompat kepada Pakatan Rakyat dan semuanya bukan Islam, maka kerusi Pakatan Rakyat akan menjadi MP Islam masih 43 kerusi manakala MP Bukan Islam menjadi 69 kerusi. Jika inilah yang DSAI mahukan maka dia akan memusnahkan Islam dan Melayu di Malaysia. Bersama-samalah kita berdoa agar impian dan angan-angan ini hanya jadi omong kosong.InsyaAllah.
Renung-renungkanlah kita bersama-sama.............

bonzer berkata...

Terima kasih, komen anda masuk akal

atzmand berkata...

masuk akal.. tapi takleh pakai teori tu.. jika direnungkan, itulah hasil peninggalan KERAjaan bn selama memerintah 51 tahun. tangan2 kotor pemimpin umno juga yg menginginkan berlakunya demikian. bagi saya itu sentimen, tiupan angin perkauman yg ditiup oleh umno laknatullah bagi mengalih tumpuan rakyat dari agenda yg lebih penting. semasa kuasa ditangan, pemecahan sempadan pilihanraya dilakukan berkali kali dgn memperbanyakkan kawasan majo bukan islam, dgn harapan komposisi pengundi bukan melayu akan memilih calon MCA, MIC & parti2 racist lain! PAS diperlekehkan malah ditekan dgn zalim. sekarang bn/umno merintih nazak & menunggu ketika untuk dikafan & humban ke liang lahad. kami pemuda PR sedia mentalkinkan!