Isnin, 8 September 2008
3 MENTERI AKAN BERSAMA PR
"Ada Menteri Akan Bersama Pakatan Rakyat....“
Aku agak Zahid Hamidi Sabery Cheek dan Sharir Samad.
Rasional hamba katakan Sabery Cheek akan BERSAMA PR rentetan daripada debat baru-baru ini.
Apakah Sabery tidak mengetahui kehebatan pidato dan pengalaman DSAI.Sabery tahu. Tetapi bagaimana cara untuk membantu DSAI bagi merealisasikan rancangan menguasai kerajaan ? Debat adalah satu cara untuk menaikan imej dsai dan rancangan ini berjaya.Hingga ke hari ini rakyat sentiasa menunggu penurunan harga minyak.Penurunan terpaksa dibuat juga oleh Pak Lah walaupun penurunan itu tidak seberapa seperti mana yang diharapkan.
Kaji selidik yang di buat mengatakan malam perdebatan 60 % rakyat Malaysia yang boleh mengundi menonton rancangan ini. Inilah jasa Sabery Cheek yang dirancang begitu rapi bagi membantu DSAI.
Zahid Hamidi- semua orang tahu sejarahnya.Kem mana dia berada dulu semasa pemecatan DSAI.
Shahrir Samad - Kehidupan dalam UMNO tidak serasi dengannya.Dia pernah berada di luar Umno dan bertanding sebagai calon bebas. Seperti juga Che Det pernah di pecat dan masuk kembali kemudian keluar sekali lagi dari Umno. Shahrir pun akan mengikut jejak Che Det tetapi caranya mungkin berbeza.HUJAH yang paling kukuh adakah adiknya tak berbincang langsung tentang kebaikan PR atau rancangan mp bn melompat semasa bersama keluarga mereka.
Mereka tahu apa yang boleh mereka buat untuk membantu rakyat selagi mereka berada di bawah TONG SAMPAH UMNO. Segala-galanya akan ditelan oleh Tong Sampah Umno samaada halal atau haram janji mengenyangkan.
Ahad, 7 September 2008
LOMPAT JANGAN TAK LOMPAT
Khamis, 4 September 2008
Pak Lah dan Najib terlibat Rasuah
Muda Mohd Noor Sep 4, 08 2:22pm
Bekas exco Pemuda Umno, Datuk Mazlan Harun membuat laporan kedua kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaan rasuah membabitkan presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.Beliau membuat laporan tersebut kepada pegawai BPR Kuala Lumpur selama kira-kira 1 jam 30 minit, mulai jam 9.30 pagi tadi.
Mazlan ditemani ketua Umno cawangan Bandar Muar, Datuk Kadar Shah Sulaiman Ninam Shah.
Beliau juga menyerahkan gambar menunjukkan Abdullah berucap di satu majlis anjuran Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 10 Julai lalu.Ucapan itu dibuat di depan ketua bahagian, cawangan dan tiga sayap Umno dari seluruh negara di ibu pejabat parti itu.Di majlis tersebut, Abdullah menyatakan kesediaannya menyerahkan tugasnya kepada Najib pada pertengahan 2010."Saya juga memberikan dokumen berupa surat yang ditulis ketua Umno bahagian Petaling Jaya Selatan Datuk Abu Zahar Hashim kepada setiausaha agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor," katanya ketika dihubungi hari ini.Mazlan berkata, BPR perlu menyiasat laporan tersebut kerana ia merupakan satu kes yang serius.Katanya, beliau telah diberitahu oleh pegawai BPR bahawa laporan awalnya kini berada dalam perhatian orang atas BPR.Sebulan lalu, Mazlan juga telah membuat laporan kes tersebut di pejabat BPR Kuala Lumpur.Ditanya langkah seterusnya, jika tiada sebarang tindakan diambil terhadap laporan keduanya, Mazlan berkata: "Kita tengok dulu."Dalam suratnya, Zahar berkata, tawaran jawatan Abdullah kepada timbalannya dan persetujuan Najib menerimanya dalam keadaan sekarang, merupakan sejenis "rasuah politik peringkat tertinggi.""Sudah pasti ia akan memberi kesan yang menguntungkan Abdullah, khususnya, dan sedikit sebanyak kepada Najib juga," kata Zahar dalam suratnya itu.Terdahulu dari pertemuan itu, kata Zahar lagi, Abdullah terlibat dalam beberapa majlis ramah mesra dan penerangan dalam tempoh pemilihan seperti yang ditafsirkan dalam Tataetika Versi 2008."Ketua-ketua cawangan dari beberapa negeri diundang khas, disediakan penginapan di hotel dan diberikan buah tangan berupa sejadah atau kain pelikat serta duit belanja melalui jentera dan sumber kewangan kerajaan."Isu ini telah menjadi buah mulut di kalangan ahli-ahli Umno," katanya dalam surat tersebut.
Rabu, 3 September 2008
Datuk Shahrir Samad Akan Bertukar Parti
Harga minyak tempatan mungkin diturunkan lagi sebelum Hari Raya Aidilfitri, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan HalEhwal Pengguna Datuk Shahrir Samad. Shahrir berkata beliau mengharapkan berita gembira itu sepertimana yang diharapkan oleh rakyat sejajar dengan trend penurunan harga minyak pada masa ini.
Nada Datuk Shahrir selari dengan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menurun harga minyak setelah PR mengambil alih pemerintahan negara pada 16 September. Nampaknya orang UMNO yang pertama mengiakan penurunan harga minyak sebelum Hari Raya dan mungkin selepas 16 September ialah Datuk Shahrir Samad. Ada apa-apa ke Datuk ? Datuk jangan isytihar selepas 16 September sudah lah. Bukan apa, takut Datuk Lah kecil hati. Kalau Datuk nak isytihar pastikan sebelum 16 September .Bukan apa, kalau isytihar sebelum 16 September Datuk mungkin masih ahli Umno tetapi kalau isytihar selepas 16 September, sah Datuk dah tukar parti.
Selamat bertukar parti...............................
Jumaat, 8 Ogos 2008
JAMBAN
Adik Fool kerjanya buka jamban di Bandar Lumpur berhampiran kampung Caca Merba. Boleh dikatakan setiap hari ramai yang datang ke jambannya untuk memenuhi hajat. Sebut saja jamban Adik Fool semua orang mengetahuinya. Anak-anak muda kalau nak dating pun datang ke jamban Adik Fool. Ahli perniagaan , kalau buat temu janji pasti dekat jamban Adik Fool. Boleh dikatakan perjumpaan semuanya dekat jamban Adik Fool. Senang dan mudah untuk mencarinya.
Itulah kerja rutin Adik Fool membuka dan menjaga jamban. Ramai yang datang ke jambannya. Orang biasa hinggalah kepada orang kenamaan sering datang ke jambannya.Antara pelangan tetapnya ialah AnakBapak Amno 2. Anak Bapak Amno 2 ialah orang penting. Kadang-kadang terfikir juga Adik Fool untuk mendapatkan sesuatu daripada Anak Bapak Amno 2. Inilah peluang yang perlu digunakan sebaik mungkin.Rahsia Anak Bapak Amno 2 semuanya ditangan Adik Fool. "Apalah salahnya aku dapatkan sedikit dari kekayaannya", fikir Adik Fool.
Maka Adik Fool mengadu kepada Anak Bapak Amno 2 bahawa Pak Baling telah memecah jambannya. Gah satu kampung. Pak Baling adalah musuh tradisinya. Mereka sama-sama berjuang untuk menjadi Mamak Bendahara. Cuma bezanya mereka dari parti yang berlainan. Ada yang percaya dan ada yang tidak. Masakan Pak Baling boleh memecahkan jamban Adik Fool. Pak Baling bukan saja tua tetapi sakit belakangnya itu membuat orang tidak percaya. Mampukah Pak Baling pecahkan jamban Adik Fool ? Semua orang tahu jamban Adik Fool bukan saja jijik tetapi juga busuk. Secantik-cantik wanita tahinya busuk juga. Itu wanita tahi pun busuk. Bayangkanlah jamban Adik Fool. Bubuhlah pewangi jenama apapun pada dinding jamban Adik Fool, busuknya tidak akan dapat ditutup.
Maka dibawalah jamban Adik Fool ke Majlis Bandaran Lumpur untuk di periksa samaada di pecah ataupun tidak. Keputusan dari pemeriksaan itu tidak dilapurkan atas arahan Ketua Mata-mata. Ketua mata-mata pula di arah oleh Bendahara. Tunggulah sekalian rakyat jelata Kampung Caca Merba untuk mengetahui keputusan hasil pemeriksaan itu. Dalam keadaan rakyat semuanya gelisah, tiba-tiba bocor keputusan pemeriksaan dari Majlis Bandaran Rawi bahawa jamban Adik Fool dalam keadaan baik 4 jam sebelum lapuran mata-mata di buat. "Sah bahawa tuduhan itu palsu"kata Anak Jejaka Pas kepada kroni-kroninya.
Rakyat berasa lega walaupun keputusan itu tidak rasmi. Isteri Pak Baling terpaksa meletak jawatan sebagai Ketua Penentang untuk memberi peluang kepada suaminya . Pak Baling memang ditakuti oleh Parti Penyokong. Kalau boleh mereka tidak mahu Pak Baling berada di bilik Sidang. Mereka tahu kalau Pak Baling berada di Bilik Sidang pasti Ahli-ahli Parti Penyokong akan beralih kepada Parti Penentang. Apapun mereka mesti menghalang hasrat Pak Baling dari memasuki Bilik Sidang.
Suruhanjaya Peti Rakyat pun mengumumkan bahawa Kampung Caca Merba akan diadakan pemilihan Ketua yang baru. Tarikh mendaftar telah diketahui, begitu juga tarik pangkah memangkah juga diberitahu. Maka rakyat Kampung Caca Merba pun bersiap sedia untuk pangkah-memangkah.
Maka Bendahara pun mengarah mata-mata supaya menyiapkan siasatan pecah jamban oleh Pak Baling.Setelah semuanya disiapkan maka sepina di hantar kepada Pak Baling. PakBaling pun terpaksa ke Dewan Pengadilan untuk di baca pertuduhan. Antara pertuduhannya adalah Pak Baling pecah jamban Adik Fool tanpa kerelaannya. "Aku tidak bersalah" tegas Pak Baling di depan Pengadil.
Sementara menunggu tiba masa hari pangkah memangkah acara pujuk-memujuk pun bermula. Biasalah masing-masing kata mengata, maki memaki,carut mencarut, tuduh menuduh semata-mata untuk pujuk memujuk supaya rakyat pangkah memangkah parti masing-masing.
Pelbagai putar lidah digunakan untuk menarik sokongan pemangkah-pemangkah memangkah kertas mereka. Mata-mata, Badan Makan Suap dan orang gomen digunakan untuk kepentingan parti penyokong. Bukan itu saja segala kuda, gajah, lembu dan kerbau digunakan untuk memastikan hayat mereka dapat bertahan.Malu ? Segan ? Ah ! Persetan itu semua. Janji berjaya.Maklum saja kulit muka sama tebal kulit babi.
Pemangkah-pemangkah Kampung Caca Merba yakin Pak Baling akan dapat memenangi pemilihan ini. "Aku yakin Pak Baling akan menang 70 pangkah",jelas Man Cendol. "Hampa tengok la, duit taruhan penyokong boleh lesap" , hujah Chin Kiat. Masing-masing yakin Pak Baling akan menjadi juara dalam pemilihan ini.
Hari pangkah-memangkah pun tiba. Semua rakyat keluar dengan satu tekad untuk pangkah parti pilihan masing-masing. Orang tua datang beroda, yang muda datang bergaya, kanak-kanak riang gembira makan apa yang ada, wanita senyum di bibir pemangkah digoda , gadis manis menjeling mencari jejaka sambil tangan meraba komputer riba. Semuanya sibuk menjalankan kewajipan. Maklum saja nak memilih pemimpin ganti yang ada.
Malam menjelma. Kampung Caca Merba senyap sunyi. Maklum saja ,siang tadi masing-masing bertungkus lumus menjalankan kerja. Masing-masing berada di rumah di depan peti bersuara. Mata dan telinga di buka seluas-lusanya untuk mengetahui keputusan pemilihan siang tadi. Adik Fool, Anak Bapak Amno 2, Bendahara antara mereka yang paling gelisah. Duduk salah. Berdiripun salah. Gelisah macam kucing nak beranak. Begitu juga dengan Pak Baling.Kalau dia gagal mendapat pangkah dengan banyak maka berakhirlah cita-citanya. Kemungkinan untuk dia balik ke kampung asalnya di Pudu amat cerah. Jam menunjukkan jam 8.00 malam. "Assalammuaikum dan salam sejahtera. Berita utama. Keputusan Pemilihan Pangkah Memangkah bagi P AA akan diketahui sebentar lagi. Kita ke pusat pengiraan kertas pangkah- memangkah di Dewan Zabidi Kampung Caca Merba bersama petugas di sana. Silakan. Terima kasih rakan setugas diartiem. Assalammualaikum dan selamat malam. Kini keputusan berada di tangan saya.Pemangkah-pemangkah bagi P AA Kampung Caca Merba seramai 100 orang pemangkah yang boleh membuat pilihan. Pemangkah yang keluar membuat pilihanpada hari ini merosot kepada 75 orang berbanding 85 orang dalam pemilihan yang lalu.Kertas rosak 3 orang. Parti penyokong mendapat 30 orang dan parti penentang mendapat 35 orang. Dengan ini parti penentang menang bagi kerusi PAA Kampung Caca Merba dengan kelebihan 5 orang.Kita kembali ke bilik berita di angkasaraya."
Menjerit Adik Fool, terduduk Anak Bapak Amno 2 manakala Bendahara tergesa-gesa mencari hand set untuk memanggil juak-juak membuat laporan.
Khamis, 31 Julai 2008
Mampukah Anwar Memenangi Pilihanraya Kecil Permatang Pauh
Mampukah dsai memenangi pilihanraya ini. Beberapa faktor boleh di ambil kira untuk kemenangan antaranya ialah
1. Parlimen Pmtg Pauh adalah kubu kuat PKR
2. Ketokohannya masih menonjol
3. Isu kenaikan harga minyak "Hari ini memerintah, esok harga minyak turun"
4. Kenaikan harga pengangkutan awam dan makanan
5. Perebutan kuasa di kalangan Pemimpin Umno
6. Kekalahan yang memalukan dalam PRU 12
7. Isu liwat
8. Kemelesetan ekonomi
9. Isu rasuah
10 Sistem kehakiman
Namun begitu dsai akan menghadapi laluan sukar dan tentangan dari musuh politiknya .Mereka akan menggunakan pelbagai cara untuk menyekat kemaraan dsai antaranya
1. Mendakwa kes liwat secepat mungkin
2. Menggunakan semua jentera kerajaan untuk menentang PR
3. Mencipta isu-isu baru
4. Menggunakan Saudara Ezam dan Saiful
5. Memporak-peranda gabungan PR
6. Memperuntukkan wang yang banyak dalam pilihanraya ini.
7. Membeli ahli atau pemimpin
8. Mendedahkan segala kelemahan kerajaan negeri di bawah PR
9. Isu muzakarah
10 Isu Perkauman
Walaubgaimanapun kebijaksanaan akan menentukan kemenangan sesebuah parti politik.
Semoga dengan pilihanraya ini akan mencipta satu lagi sejarah kepada MALAYSIA.
Selamat mengundi.
MAMPUKAH PAS HADAPI ISU MUZAKARAH
Isu liwat Anwar pun semakin reda apabila penemuan bukti baru yang mengatakan Saipul tidak ada kesan liwat.Samaada bukti ini benar atau tidak sekurang-kurangnya akan memberi kelegaan kepada Anwar dan rakyat.
Oleh itu UMNO terpaksa mengalih kepada isu lain untuk menutup segala kelemahannya. Dalam banyak isu yang dicipta takkan tidak ada isu yang boleh mengugatkan kesepakatan parti politik pembakang.
Pas pula haruslah menyelesai isu itu dengan bijak umpama menarik rambut di dalam tepung. Tepung tidak berselerak dan rambut tidak putus.