Khamis, 31 Julai 2008

MAMPUKAH PAS HADAPI ISU MUZAKARAH

Isu muzakarah atau muqabalah adalah isu yang diolah dengan baik oleh UMNO untuk mengkucar-kacirkan pakatan pembakang. Sekurang-kurang dengan isu ini BN atau UMNO dapat melupakan rakyat dengan isu-isu yang lebih berat yang tidak menyebelahi mereka. Kenaikan harga minyak menyebabkan harga makanan meningkat serta bayaran pengangkutan juga akan naik sedikit. Kerajaan akhirnya terpaksa menaikan harga tambang apabila pengusaha pengangkutan telah menyatakan mereka terpaksa menanggung kos disebabkan kenaikan harga minyak. Mahu tidak mahu kerajaan terpaksa membenarkan pengusaha samaada yang kecil atau besar menaikan harga tambang.

Isu liwat Anwar pun semakin reda apabila penemuan bukti baru yang mengatakan Saipul tidak ada kesan liwat.Samaada bukti ini benar atau tidak sekurang-kurangnya akan memberi kelegaan kepada Anwar dan rakyat.

Oleh itu UMNO terpaksa mengalih kepada isu lain untuk menutup segala kelemahannya. Dalam banyak isu yang dicipta takkan tidak ada isu yang boleh mengugatkan kesepakatan parti politik pembakang.

Pas pula haruslah menyelesai isu itu dengan bijak umpama menarik rambut di dalam tepung. Tepung tidak berselerak dan rambut tidak putus.

1 ulasan:

Salak berkata...

Nampaknya secara rasmi telah mampu. Dan diharapkan supaya ini, selepas sekali dianiaya dulu, pengajaran yang pahit!

PAS mempunyai banyak ahli dan pemimpin dan saya kira semua penyokong sentiasa was-was dan membantah jika berlalukunya lagi jumpa sulit seperti itu. Bahkan banyak akan meninggalkan parti, hilang kepercayaan dan terus tak mahu mengundi PAS. Dan yang sentiasa diambilkira mestilah pemimpimpin PAS mempunya kepentingan peribadi. Kita hormat yang mereka ni Ustaz dan "orang 'alim" tapi mereka manusia biasa.

Baru-baru ini DAP telah mencadangkan muzakarah antara PR dan BN. Ini banyak interpretasi: antaranya semua pemimpin PR berkemungkinan mengetahui tentang "jumpa sulit" itu; PAS dianggap bermaruah untuk membuka mulut. Sekarang kalau semua telah mencerca PAS, ini hanya mainan politik.

Kemungkinan lain ialah, untuk menghindar sama sekali peristiwa seperti ini berulang, DAP telah mencadang jumpa terbuka antara kedua-dua Barisan, PR dan BN. Jikanya dulu, yang dah berlaku satu strategi untuk memerangkap UMNO supaya memberi gerenti bertulis kepada PAS kesannya adalah bertujuan politik semata-mata, bukan kerana agama atau bangsa!

Timbullah banyak persolan: apakah langkah-langkah perlindungun seperti ini boleh diterima dalam ikhtiar orang-orang agama? Kedua, hanya Tuhan saja tahu, di antara orang berunding itu tiada sekali-kali berkepentingan peribadi dengan UMNO?!

PAS harus sedar bahawa langkah seperti ini adalah risiko kepada parti dan ianya menunjukkan kelemahan pemimpin dengan tiada ambilkira beribu ahli yang akan terjejas kerana kelemahan ini. Akibatnya buruk---PAS akan terkubur! Sebab, jikalah tadi PAS dianiaya oleh kepentingan peribadi orang-orang yang berunding, semuanya lagi manusia biasa, tak ada jalan lain bagi PAS, mungkin kena bungkus tikar. Dan jika PKR dan DAP tak terlibat mungkin mereka masih lagi membantu, tapi PAS dan lemah dan akan hilang upaya berunding untuk kepentingan parti.

Yang lebih lagi serious adalah kehampaan Muslimin, jika orang-orang agama berselindung untuk kepentingan peribadi dan politik. Timbullah persoalan lain pula. Patutkah orang agama, menumpu usaha kepada hanya soal agama supaya tidak memperlekehkan kemuliaan agama? Ini asas penting kepada banyak orang Muslim yang khuatir dan seterusnya dituduh sebagai "sekular" semata-mata!

Balik kepada persoalan fundamental - ketelusan, kebertanggungjawaban dan urusan berhemat!

Ini dah jadi "cliche" tapi panduannya boleh menghindar dari segala risiko buruk. Sekarang kita tahu PAS ada kelemahan. Baik nasib UMNO lebih lemah. Kalau tidak, kedua-dua bungkus tikar dan DAP bertambah kuasa lebih menentukan segala arah perundingan dan kuasa!